PROFIL PENGASAS


Pengasas N'sAsia Bio Product atau nama sebenarnya Noraida binti Yahya dilahirkan di Kajang, Selangor, ibu kepada 4 orang anak dari usia 18- 25 tahun. Menceburi dunia kecantikan sejak tahun 1998. Pada tahun 2000 menubuhkan Noraida Beauty House, Pusat Perlangsingan dan Kecantikan, bemula secara kecil-kecilan di rumah.

Telah mengembangkan perniagaannya di permis Lot 1.7 Kulim Mall, 09000 Kilang Lama, Kulim, Kedah, pada 2007 diwaktu yang sama melebarkan perniagaanya dengan  menubuhkan N's ASIA PROFESSIONAL LEARNING ACADEMY pusat latihan kecantikan dan kemahiran untuk individu dan kumpulan. Pada 2010 menubuhkan N's Asia ENTERPRISE bagi mengeluarkan rangkaian bioproduk di bawah jenama N'sAsia. Mempunyai Dip in Computer Edu & Managment dan Dip in Beauty Care and Personality (U.K).

Aktiviti Persatuan/Pertubuhan: Pertubuhan Mekar Budi Kulim (Presiden), Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Sultan Badlishah Kulim (YDP), Pertubuhan Pengusaha Industri Kosmetik Bumiputra Pulau Pinang & Kedah (Setiausaha), SM Sains Kubang Pasu (AJK), Persatuan Perempuan Islam (Ahli seumur hidup).

MOTTO: Sesibuk mana keluarga adalah keutamaan.