Monday, October 10, 2011

N'SaSIA HOMEMADE NATURAL SOAP

Sabun Mandian @ Hiasan sesuai untuk door gift perkahwinan, hari jadi atau sebarang majlis mengikut tema dan citarasa anda.
1-20 ketul = RM 8.00
21-50 ketul = RM 6.00
51 - 200 ketul = RM 5.00
201-500 ketul = RM 3.50
501 ke atas = RM 3.00
Hubungi 044954049 atau emel nsasiabeauty@yahoo.com












Sunday, February 13, 2011

Rangkaian Produk N'sAsia Bioproduk

Lavender RM28.00
Lemon RM 30.00
Rangkaian Produk N'sAsia Essensial Oil


Pappermint RM28.00
Ylang-ylang RM28.00
Eucalyptus
Rosemary RM28.00
Lavender RM28.00


Asia Q RM24.90
Tonik Rambut RM40.00
N'sAsia  Collagen Revolusi Anggun
RM 59,90
Skrap Badan Badam RM 39.00

Monday, January 31, 2011

Jualan Novel di OPC Kulim

Berita terkini! OPC Kulim atau Oriva Premier Centre Kulim telah mula menjual dan mengedarkan novel hasil karya anak ketiga saya, Nurina Izzati. Nurina Izzati baru sahaja berumur 15 tahun tetapi telah berjaya membuktikan pada semua bahawa dia juga mampu mengorak langkah proaktif dalam bidang penulisan yang digemarinya. Berikut adalah petikan daripada blog Galeri Ilmu.

1. Apa yang mendorong saudari untuk menulis? 
Pada awalnya saya memang minat menulis dari kecil, dan menulis hanya untuk suka-suka. Kemudian, saya mula cenderung ke arah penulisan dan giat menulis cerpen dan membukukannya lalu menyimpannya di rumah sahaja. Lama-kelamaan, ibu bapa dan para guru di sekolah menyuruh saya mencuba dalam penulisan novel. IBU BAPA, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan memang banyak memberi galakan pada saya dalam bidang penulisan. Rakan-rakan pula memang suka membaca cerpen-cerpen saya dan kerap kali menyuruh saya sentiasa menghasilkan cerpen-cerpen terbaru. Setelah saya mula mengenali dunia blogging saya tergerak untuk berkongsi beberapa cerpen-cerpen saya dalam dunia maya, dan alhamdulillah rakan-rakan yang membaca akan memberi pandangan berkenaan cerpen saya. Setelah itu, saya menghantar proposal kepada beberapa syarikat penulisan termasuk GISB dan alhamdulillah GISB terima. Saya memilih GISB kerana cara layanan mereka yang mesra dan editor perolehannya, Encik Zakaria pula memberikan tips penulisan yang bagus. Dari situ saya mulai serius dalam bidang penulisan dan bertekad untuk mendedikasikan diri dalam bidang ini. Insya-Allah.

2. Mengapa menulis S.U.?
Single Unavailable tercetus daripada pergerakan kehidupan di sekitar saya sendiri. Mesej utama yang cuba saya bawa dalam novel ini berkenaan hukum berpasangan, khususnya di kalangan remaja zaman sekarang. Saya cuba menyampaikan bahawa pelajaran itu lebih penting daripada bercinta, kerana menurut saya remaja sekarang lebih mengejar cinta lelaki dan perempuan dibandingkan dengan cinta kepada Allah SWT, pemilik cinta yang sejati. Penulisan S.U. lebih kepada mengajak saudara-saudara saya di luar sana agar menyahut seruan cinta Ilahi dan meninggalkan kemungkaran yang sedang berleluasa kini. Jika bukan para remaja yang mengubah cara hidup mereka di dunia ini, siapa lagi?

(sumber Galeri Ilmu)

Anda boleh mendapatkan novel Single Unavailable dengan harga cuma RM 14 di Oriva Premier Centre sekarang!

Ke Arah Menjadi Usahawan Berkaliber

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya saya dapat menghasilkan produk  saya sendiri, dibawah jenama N'sAsia Bio Produk.. Sepanjang menghasilkan produk ini, saya telah bertungkus lumus dan berpenat lelah sehingga akhirnya membuahkan hasil. Semangat dan keyakinan untuk menghasilkan produk sendiri semakin membara memandangkan peluang dari Allah swt di permudahkan.Ternyata, di mana ada usaha, di situlah ada kejayaan. Bukan senang untuk menjadi senang... ada kawan yang membantu ada yang bantu tapi malu, ada yang berat mulut untuk membantu, tapi ternyata doa dari suami dan keluarga tercinta , berkat doa ibunda  dan adinda2,  memberi semangat untuk saya menerokai bidang yang saya ceburi ini dengan lebih mendalam, hasilnya saya dipertemukan dengan teman lama yang arif dengan formulasi produk. dengan sokongan padu MRY, dua produk utama telah terhasil iaitu N'sAsia Collagen revolusi Anggun dan Asia Q, selain produk N'sAsia Essential Spa di mana kesumua produk spa ini adalah hasil formulasi sendiri. InsyaAllah dengan izinNya jua akan menjadi pilihan pengguna dan setrusnya memertabatkan industri kosmetik bumiputra. Sokonglah produk buatan Malaysia!